BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, February 18, 2010

Hati yang terseksa..:'(


ku pohon ampun andainya tersilap bicara..
aku adalah manusia yang punyai perasaan untuk terasa...
hanya masa dapat memulihku untuk
mencari-cari diri ku yang sebenarnya..
aku bukanlah membenci dirimu tetapi hatiku sudah banyak terluka...
kau belum melihat ku dari karektor ku yang sebenar..
aku hanya insan biasa,punyai hati kecil dan
hatiku itu sangatlah rapuh lebih daripada biskut Hup seng..
aku tidak tahu mana silapnya tetapi
buat pengetahuanmu itulah diriku yang sebenarnya...
orang ramai tidak dapat melihatnya
kerana itu hanya mampu dilihat oleh mata hati...
inilah sebenar diriku..
hatiku sangat kecil dan ianya mudah terguris...
kalau aku terluka aku diamkan sahaja
walua ia sangat perit untuk ku telankan..
ini lah diriku yang lemah walau ianya nampak mudah bagimu..
aku rindukan diriku yang dulu..
bisa gembira walau apa jua yang berlaku..
aku sendiri tidak mengetahui mengapa aku jadi begini..
tetapi hanya ku tahu..
aku sangat terluka..
aku sangat sedih...
sudah puas ku tangisi,tetapi ia lekat di fikiran ku..
aku tertanya dgn diriku bila ia nya akan berakhir..
aku sudah letih begini...
aku perlukan sokongan..
bukan perlian semata-mata..
mengapa kau jadi begitu..
dimanakah sikap mu yang pernah aku kenali...
aku perlukannya.. andainya kau tahu,hatiku sangatlah sakit..
mengapa kau tidak bisa hadir sewaktu aku sakit,sedih & terluka..???
bahkan kau menambahnya lagi...
aku hanya mampu berdoa agar diriku gembira kembali..
AMIIINNNN...:'(


0 comments: